..

Friday, August 12, 2011

komen sikit :: Nak Jawab Soalan atau Nak Pandai

Sekarang ni masa ulangkaji. Ramailah pelajar yang mengambil Mat Tambahan yang nampak besemangat nak belajar. Nak cerita sikit......bila di kelas tambahan atau apa-apa kelas lah yang diadakan nampak sangat jurang antara dua mazhab.

Mazhab yang belajar teknik menjawab semata-mata nampaknya bersusah payah mencuba untuk menjawab setiap soalan yang baru dijumpai. Tapi kalau diberi soalan yang pernah mereka buat nampak ok je. Bila dipaksa menjawab mereka nampak sukar untuk berfikir dan bila cikgu bagi penerangan, mereka ni asyik tanya itukah jawapannya cikgu.......walaupun masih dipertengahan penyelesaian. Nampak sangat mereka ni belajar nak jawab soalan semata-mata .. asik nak jawapa aje.

Mazhab yang belajar untuk pandai nampak lebih selesa. Mereka cuba berfikir untuk menjawab dan kalau mereka bertanya pun nampak lebih matang (contohnya: ... betul ke ni cikgu setakat yang saya buat.... walaupun agak ragu-ragu untuk teruskan). Mereka juga tidak mudah putus asa bila menjawab soalan kertas dua yang memerlukan penyelesaian yang agak panjang.

Harap dapat pelajar semua renung-renungkan. Tepuk dada tanya selera. Ke mana hala tuju anda, anda yang tentukan ........ demi mencapai wawasan negara.

Tuesday, August 2, 2011

Kalkulator dalam Excel

Hari ini saya nak kongsi satu perkara yang nampak tak seberapa tapi memberi kesan atau impak yang tinggi. Satu hari ada rakan sejawat (ngajar math juga) sedang bekerja menggunakan komputer (microsoft office excel). Tiba satu perkara (nak buat pengiraan) tiba-tiba beliau meminta kalkulator dari saya. Saya bagitahu beliau bahawa saya tak ada kalkulator. Dengan tergesa-gesa dia keluar mencari kalkulator di tempat lain (akhirnya dapat). Apa yang nak dikongsi di sini, sekiranya kita berada di depan komputer kita boleh guna excel untuk membuat pengiraan. Cotoh kalau nak kira 2 x 4, anda perlu tekan =2*4 dan tekan ENTER terus dapat jawapan. Malah pengiraan yang lebih kompleks pun boleh dilakukan. Kalau raka/murid ingin pelajari penggunaan excel dalam pengiraan ringkas boleh utarakannya kepada saya, insyaAllah kalau mampu saya tolongkan. Taklah nanti bila berada depan komputer kita sibuk mencari kalkulator. Wallahualam.

Monday, August 1, 2011

Lawatan ke Phokhiriraksuksa School Thailand

Bergambar di hadapan Phokhirirak suksa School.













Di Makmal Matematik bersama guru pelatih.

Lawatan ke Phokhiriraksuksa School Thailand

Pada 22 Julai 2011 SMK Tumpat telah mengadakan lawatan ke sekolah Phokhiriraj di Pattani (Selatan Thai) sebagai menjalin hubungan kebitaraan akademik. Saya mewakili guru matematik telah membuat tinjauan ke jabatan matematik sekolah berkenaan. Apa yang menarik di sana mereka ada perpustakaan matematik yang khusus, makmal komputer untuk guru mengadakan kajian tindakan yang khusus, makmal matematik pelajar yang lengkap.
Kemudahan komputer dibekalkan oleh syarikat telekom Thailand. Mereka juga menggunakan perisian Gemeters Sketchpad (GSP) dalam menggalakkan pelajar mereka menerokai keindahan dan kehebatan matematik. Yang menariknya perisian tersebut dalam bahasa thai, teragak-agak juga saya nak menggunakannya.


Cukup dulu stakat ini......tunggu cerita selanjutnya.