..
Friday, August 12, 2011
komen sikit :: Nak Jawab Soalan atau Nak Pandai
Mazhab yang belajar teknik menjawab semata-mata nampaknya bersusah payah mencuba untuk menjawab setiap soalan yang baru dijumpai. Tapi kalau diberi soalan yang pernah mereka buat nampak ok je. Bila dipaksa menjawab mereka nampak sukar untuk berfikir dan bila cikgu bagi penerangan, mereka ni asyik tanya itukah jawapannya cikgu.......walaupun masih dipertengahan penyelesaian. Nampak sangat mereka ni belajar nak jawab soalan semata-mata .. asik nak jawapa aje.
Mazhab yang belajar untuk pandai nampak lebih selesa. Mereka cuba berfikir untuk menjawab dan kalau mereka bertanya pun nampak lebih matang (contohnya: ... betul ke ni cikgu setakat yang saya buat.... walaupun agak ragu-ragu untuk teruskan). Mereka juga tidak mudah putus asa bila menjawab soalan kertas dua yang memerlukan penyelesaian yang agak panjang.
Harap dapat pelajar semua renung-renungkan. Tepuk dada tanya selera. Ke mana hala tuju anda, anda yang tentukan ........ demi mencapai wawasan negara.
Tuesday, August 2, 2011
Kalkulator dalam Excel

Hari ini saya nak kongsi satu perkara yang nampak tak seberapa tapi memberi kesan atau impak yang tinggi. Satu hari ada rakan sejawat (ngajar math juga) sedang bekerja menggunakan komputer (microsoft office excel). Tiba satu perkara (nak buat pengiraan) tiba-tiba beliau meminta kalkulator dari saya. Saya bagitahu beliau bahawa saya tak ada kalkulator. Dengan tergesa-gesa dia keluar mencari kalkulator di tempat lain (akhirnya dapat). Apa yang nak dikongsi di sini, sekiranya kita berada di depan komputer kita boleh guna excel untuk membuat pengiraan. Cotoh kalau nak kira 2 x 4, anda perlu tekan =2*4 dan tekan ENTER terus dapat jawapan. Malah pengiraan yang lebih kompleks pun boleh dilakukan. Kalau raka/murid ingin pelajari penggunaan excel dalam pengiraan ringkas boleh utarakannya kepada saya, insyaAllah kalau mampu saya tolongkan. Taklah nanti bila berada depan komputer kita sibuk mencari kalkulator. Wallahualam.
Monday, August 1, 2011
Lawatan ke Phokhiriraksuksa School Thailand
Kemudahan komputer dibekalkan oleh syarikat telekom Thailand. Mereka juga menggunakan perisian Gemeters Sketchpad (GSP) dalam menggalakkan pelajar mereka menerokai keindahan dan kehebatan matematik. Yang menariknya perisian tersebut dalam bahasa thai, teragak-agak juga saya nak menggunakannya.
Cukup dulu stakat ini......tunggu cerita selanjutnya.
Sunday, June 19, 2011
Pada sabtu baru ini 18/06/2011 saya ada memberi seminar teknik menjawab matematik tambahan di sebuah sekolah Agama di Besut Terengganu. Apa yang menarik perhatian saya ada di kalangan mereka ini amat berpotensi dalam bidang matematik. Mereka menunjukkan penguasaan matematik yang tinggi dan minat yang mendalam walaupun mereka di sekolah agama. Ini merupakan cabaran kepada pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan. Mereka ini pula datangnya dari jenis Hawa, ini juga merupakan cabaran kepada kaum Adam. Renung-renungkan.....
Sunday, June 12, 2011
Ragam Pelajar
Bila tiba musim mendapat markah peperiksaan maka ramailah pelajar yang ingin markah tinggi. Masa belajar tak begitu serius sangat...cikgu dok mengajar dia dok bercakap (banyak le modal dia) mengalahkan tok peraih. Masa jawab soalan pula apa-apa le yang ditulis, macam tak pernah datang ke sekolah atau tak pernah masuk kelas. Serasa macam tak mengajar bebudak ni. Salah darab, salah tambah, salah tukar tanda.....careless le katakan. Perlu ingat semua benda perlu diberi perhatian khusus (perlu fokus). Nanti esok-esok boleh tertinggal gunting dalam perut pesakit, atau boleh runtuh stadium atau jambatan yang dibina (macam stadium Terengganu).
Nak markah banyak boleh bagi cakap je nak berapa 100, 200 atau 1000. Markah banyak pun kalu tak pandai tak guna gak. Nak pandai Add Maths kena tahu konsep asas dengan jelas, sejelas-jelasnya. Nanti bila masuk IPT tak lah gelabah sangat....tenang je.
Dinasihatkan: Beri perhatian sepenuh semasa guru mengajar. Banyakkan buat latihan. Rajin bertanya dan berbincang. Hormati guru. Banyakkan beribadat. Banyakkan melakukan perkara yang baik-baik. Jadilah insan yang bernilai tinggi.
Wassalam.
Pengajaran Piala FA
Di sana sini ramai pelajar cik gu memperkatakan tentang piala FA.....Kelantan tewas 1 - 2 di tangan Terengganu. Ramai yang mempersalahkan Daud Su yang menyumbat bola ke jaring sendiri, ada juga yang mempersalahkan shahrul Idlan yang mempermain-mainkan permainan sehingga Terengganu boleh bertindakbalas di saat-saat akhir. Apapun alasan Kelantan telah tewas, tapi itu tak bermakna kelantan tak boleh meneruskan perjuangan, banyak lagi peluang dan ruang yang ada di hadapan.
Itulah perkara yang harus pelajar teliti dan ambil perhatian dan pengajaran darinya. Belajarlah bersungguh-sungguh dan teruskan perjuangan sehingga ke saat terakhir, jangan cepat leka. Elakkan sebarang kesilapan yang kecil-kecil...beri perhatian dan fokus sepenuhnya.
Selamat belajar semuga berjaya.