..

Saturday, December 24, 2011

jangan mudah mengalah

assalamualaikum w.b.t...





bukan mudah nak berjaya..tapi selagi kita percaya pada diri sendiri,semua tu tak mustahil kan..
ambil semangat daripada mereka yang dah berjaya..
bukan semua yang berjaya tak mempunyai masa lalu yang menjatuhkan mereka..
kadang2,semangat yang dikutip semula selepas jatuh itulah yang membantu mereka untuk menjadi seperti mereka pada hari ini..jangan melihat kejayaan dan kesenangan mereka pada hari ini..
tetapi kaji dahulu apa yang dah mereka lalui berpuluh tahun sebelumnya..
tak selalunya mereka berada di atas..
terkadang ada juga ketikanya mereka di bawah..
tak selalunya mereka tersenyum dengan setiap apisod hidup..
kadangkala derita dan tangisan mereka lebih banyak daripada segaris senyuman..
kita tak boleh memandang orang lain hanya sekadar satu pandangan bisu sahaja..
tapi selidiklah hidup mereka..


"Apabila kita berjaya, terlalu mudah bagi orang membuat kesimpulan dan andaian" - Bill Gates

"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia" -Richard Brinsley Sheridan

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" - Confucius

"Aku berfikir terus menerus berbulan-bulan dan bertahun tahun, sembilan puluh sembilan kali dan kesimpulannya salah. Untuk yang keseratus aku benar " - Albert Einstein

"Hidup itu seperti menunggang basikal..untuk tetap seimbang,kamu harus terus bergerak" - Albert Einstein

"Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan. Yang paling penting adalah tidak berhenti bertanya" - Albert Einstein

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang" - Cecil B. DeMille

"Kamu harus memiliki keyakinan terhadap sesuatu – keinginan, takdir, hidup, karma, apapun" - Steve Jobs

"Jika kamu melakukan sesuatu yang berguna, maka seterusnya kamu harus melakukan hal lain yang luar biasa. Jangan renungkan terlalu lama, fikirkan apa yang harus kamu buat seterusnya" - Steve Jobs

"Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan" - Thales -

"Wahai anak muda,jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar,kamu harus menanggung pahitnya kebodohan" - Pythagoras



2 comments:

Unknown said...

JANGAN MENGALAH~! SAYA TAKKAN BERPUTUS ASA~! SAYA TAKKAN MENGALAH~! INI AZAM SAYA~! SAYA ADA MATLAMAT HIDUP SAYA~ DAN WALAUPUN SAYA SERING DIPANDANG RENDAH SAYA TAKKAN MENGALAH~! TERIMA KASIH KEPADA ADMIN BLOG INI. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA INSPIRASI~ TERIMA KASIH~^_^

Unknown said...

ASSLAMUALAIKUM .

DISINI SAYA ADA MENJUAL DOMAIN UNTUK BLOGSPOT . CONTOH

www.namablog.com
www.namablog.net
www.namablog.org
www.namablog.biz
www.namablog.info
www.namablog.name

Sekiranya berminat sila SMS / WHATSAPP saya ke 011-29356338

Hanya rm50/Years