..

Sunday, September 18, 2011

ketidaksempurnaan bukan penghalang

assalamualaikum..


hari ni nak kongsikan sedikit kisah mengenai seorang seorang insan yang bernama Nick Vujicic,seorang motivator hebat yang baru berusia 26 tahun dan berasal daripada Brisbane, Australia.

beliau tidaklah dilahirkan sempurna seperti insan-insan lain..namun,semangat serta keazaman yang tinggi dalam diri beliau tidak menghalangnya untuk terus berjaya dalam hidup..kisah ini boleh dijadikan teladan untuk pelajar-pelajar..bukan senang untuk berjaya,namun tidaklah sukar andai kita mencuba..
Ditakdirkan Allah S.W.T insan ini dilahirkan unik daripada manusia lain, beliau tidak dikurniakan kaki dan tangan. Dengan keadaan fizikal beliau yang serba kekurangan itu, pasti menyedihkan kita yang mempunyai hati ini untuk melihatnya.



 


Pada mulanya, ketika kecil beliau telah dihalang untuk hadir ke sekolah kerana kecacatan fizikalnya, tetapi beliau mempunyai hati yang kental dan keinginan untuk belajar yang kuat sehinggakan beliau berjaya menjadi , orang kurang upaya yang pertama yang diterima masuk ke sekolah biasa (bukan sekolah istimewa).





Disekolah beliau telah dibuli oleh rakan-rakan sebaya sehinggakan ketika usia beliau 8 tahun beliau telah cuba untuk membunuh diri, dan pada usia 10 tahun beliau cuba untuk menenggelamkan diri beliau didalam air sedalam 6 inci tetapi beliau tidak meneruskan niat beliau kerana beliau terlalu sayang pada keluarga.





Selepas insiden itu beliau cuba untuk kuatkan semangat, namun begitu ketika beliau masih kecil, beliau selalu berdoa agar ditumbuhkan kaki dan tangan oleh tuhan. Walaupun doa beliau tidak menjadi kenyataan namun beliau berjaya membuktikan bahawa keadaan fizikal beliau bukanlah penghalang kejayaan. Buktinya ketika berada di seven grade, beliau telah dipilih menjadi ketua pelajar disekolah dan mengetuai badan persatuan derma dan aktiviti khas untuk anak-anak kurang upaya. Kini beliau mempunyai yayasan milik beliau yang dinamakan Live without limbs yang bertujuan membantu golongan kurang upaya seperti beliau.





Beliau semangnya dikurniakan hati yang lebih tabah dan kuat daripada insan-insan lain yang lengkap anggotanya. Beliau meneruskan kehidupan dengan melakukan perkara-perkara yang bermakna malah, kehidupan beliau mungkin lebih bahagia daripada kita yang sempurna ini. Kata beliau, beliau menganggap kehidupan beliau sebagai ajaib atau 'Magic' dan beliau telah berkongsi keajaiban tersebut dengan memberi harapan kepada manusia lain bahawa impian dan kejayaan tetap akan terlaksana walaupun jalan yang harus dilalui penuh liku dan ranjau.





Dengan kekurangan itu, beliau telah bangkit dengan semangat yang tinggi dan berjaya memberi inspirasi kepada berjuta-juta insan lain diseluruh dunia untuk turut sama bangkit daripada kegagalan yang lalu. Kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan. Tanpa kegagalan mungkin kita tidak akan belajar perih jerih kehidupan. Menariknya, beliau bukan sahaja menjadi seorang motivator yang hebat dan berpengaruh malah beliau turut melalui kehidupan normal seperti insan lain. Dengan kekurangan yang ada pada beliau, beliau boleh berenang, surfing, bermain golf, memasak, menulis, melukis, memancing dan banyak lagi dan semuanya beliau melakukan sendiri tanpa bantuan kaki dan tangan!


jadi,jika beliau yang tidak sempurna kaki dan tangan boleh menyemai azam yang begitu kuat untuk berjaya dalam hidup,setiap orang juga boleh..mengapa mesti mengatakan bahawa kita tidak mampu untuk berjaya selagi belum berusaha?


tepuk dada tanya iman..setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri..jika kita berusaha sudah pasti Allah bersama kita..


sumber : sini

No comments: